Sunday 10 July 2011

Peranan Hibah dalam Mengembangkan Ekonomi Masyarakat

Pendahuluan

Hibah dari segi bahasa bermaksud pemberian sama ada dalam bentuk ain atau selainnya. Iamerangkumi hadiah dan sedekah. Hibah pada istilah syarak ialah suatu akad yang mengandungi pemberian milik oleh seseorang secara sukarela terhadap hartanya kepada seseorang yang lain pada masahidupnya tanpa balasan (iwad).

Dari segi hukum, hibah adalah suatu amalan yang sunat dan digalakkan dalam Islam
terutama sekali kepada kaum keluarga terdekat. Amalan ini adalah berdasarkan kepada al-
Quran, al-Sunnah dan ijmak. Antara ayat al-Quran yang menggalakkan amalan hibah ialah
sebagaimana firman Allah S.W.T yang bermaksud:

Kemudian jika mereka menyerahkan kepada kamu sebahagian daripada mas kahwin itu
dengan senang hati, makanlah (ambillah) pemberian itu (sebagai makanan) yang sedap
lagi baik akibatnya” (Surah al-Nisa’ ayat 4).

“... dan memberikan harta yang dicintainya kepada kerabatnya, anak-anak yatim, orangorang miskin, musafir (yang memerlukan pertolongan) dan orang-orang yang memintaminta dan (memerdekakan) hamba sahaya” (Surah al-Baqarah ayat 177).

Kepentingan Hibah
Dalam kegawatan ekonomi global yang semakin meruncing, Malaysia tidak terkecuali menghadapi kesan kemerosotan ekonomi. Pelbagai progam peningkatan ekonomi disarankan oleh kerajaan seperti pengurangan subsidi, kempen belilah barangan Malaysia, satu kawasan satu pertanian dan sebagainya.  Masyarakat terpaksa bekerja dari siang ke malam unutk menampung kos sara hidup yang semakin meruncing.
Disinilah penulis melihat kita perlu menamamkan semangat berkasih sayang dan saling bantu-membantu dalam masyarakat supaya yang berkemampuan dapat meringankan beban yang kurang berkemampuan. Amalan dan budaya tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima perlulah diterpakan dalam masyarakat supaya ekonomi dapat dijana dengan lebih lancar.
Disinilah pentingnya hibah, keranan hibah tidak terhad kepada sanak saudara dan sesama Muslim sahaja, ia melangkaui batasan agama, keturunan dan warna kulit. Jika wasiat dilihat agak terbatas, contohnya bapa yang memeluk Islam akan terputus pemberian pusakanya,tetapi dalam hukum hibah, bapa tadi masih boleh memberikan hartanya kepada keluarganya yang belum Islam. Di sinilah Hibah boleh membantu meningkatkan ekonomi dan meringankan beban kewangan masyarakat. Hibah juga boleh mengelakkan harta terbeku kerana pemilik meninggal dunia sedangkan tiada waris sah (mengikut undang-undang) yang layak mentadbirnya. Berita Harian Online melaporkan bahawa setakat April 2011, terdapat sebanyak RM 42 billion harta terbeku di Malaysia yang kebanyakannya meliputi harta orang Islam. Islam menolak pembekuan harta kerana ia menjadikan harta tidak berkembang dan tiada manfaat. Seandainya harta telah dihibahkan semasa hidup tentulah harta itu lebih bermanfaat dan boleh digunakan untuk membangun ummah.
Selain daripada itu, hibah dapat Merapatkan hubungan dan menjalin kasih sayang. Islam menitik beratkan kasih sayang, itulah landasan hubungan sesama manusia di dalam Islam. Banyak dalil-dalil daripada al-Quran dan al-Sunnah menyebut tentang pentingnya kasih sayang. Ini dapat dibuktikan dalam hukum hibah, wasiat dan faraid yang terdapat di dalam Islam. Pemberian hibah secara ikhlas tentulah dapat menyuburkan lagi kasih sayang sesama manusia. Ini kerana Hibah merupakan pemberian mutlak, yang tidak boleh ditarik balik oleh waris pemberi Hibah dan tidak terikat juga dengan syarat-syarat seperti menjaga waris pemberi Hibah tersebut. Penerima hibah akan merasa dikasihi oleh pemberi hibah, suburlah semangat kasih sayang dan hilanglah rasa iri hati dan cemburu diatas kemewahan pemberi hibah. 
Disamping itu, hibah juga boleh menjana ekonomi masyarakat dan mengelakkan gejala negatif dan pekerjaan yang mungkar. Dalam mengharungi kehidupan dunia yang semakin mencabar, adakalanya manusia akan menghalalkan apa-apa sahaja yang haram. Rasuah, judi, riba’ tentu boleh mengaburi manusia kerana menyangka itulah jalan paling mudah unutk mengurangkan beban kewangan. Tidak kurang juga yang menjual tubuh untuk mengatasi beban kewangan. Seandainya masyarakat membudayakan Hibah, harta tersebut boleh digunakan unutk menyara hidup dan mengurangkan masalah sosial. 
Sifat tamak, mementingkan diri sendiri dan tidak suka melihat kesenangan orang lain perlulah dibuang jauh-jauh dari hati. Ringankan tangan dan hulurkanlah bantuan. Pemberian boleh mengeratkan kasih sayang dan menjalin ukhuwah. Banyak perkara negative dapat dielakkan andainya pencairan harta melalui hibah dilaksanakan. Islam mengglakkan umatnya untuk saling bantu-membantu dan berkasih sayang, hibah adalah antara jalannya.

Rujukan:
1.      Instrumen HIbah dan Wasiat: Analisis Hukum Dan Aplikasi di Malaysia, Mohd Zamro Muda, Jabatan Syariah Fakulti Pengajian Islam, UKM, 2008.
2.      RM 42 Bilion Harta Beku, Berita Harian Online, 27/4/2011.
3.      www.Islamic-world,net/economic/gift-intro.htm.