Friday 7 October 2011

DAKWAH DAN IT (TEKNOLOGI MAKLUMAT)


DAKWAH DAN IT (TEKNOLOGI MAKLUMAT)

Ledakan ICT telah membuka satu lagi wahana baru dalam arena dakwah. Bagaimanapun, di dalam keghairan melayari bahtera kemajuan ICT, Islam sendiri meletakkan adab yang tersendiri.. Era kecanggihan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) mendedahkan satu cabaran getir bagi umat Islam era digital ini. Era kecanggihan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) mendedahkan satu cabaran getir bagi umat Islam era digital ini.
Bagaimanapun, di dalam keghairan melayari bahtera kemajuan ICT, Islam meletakkan adab yang tersendiri.
Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) mendedahkan satu cabaran getir bagi umat Islam era digital ini.Lebih kurang 800 tahun dahulu, tradisi pemilikan ilmu dan teknologi terletak di tampuk umat Islam. Baghdad, kota raya empayar Islam contohnya telah muncul sebagai peneraju aktiviti intelektual dan penguasa teknologi. Umat Islam pada kurun tersebut gah dicanang sebagai ummah yang disegani. Namun sayang sekali, ummah yang dahulunya pernah menyirami dunia, kenapa hari ini mereka sendiri kelayuan.Islam memberikan satu impak yang besar kepada perkembangan ekonomi, politik dan  kepimpinan sesebuah negara. Apa yang pasti agama dan kemajuan ummah bersifat penggenap, saling berkaitan.
Islam tidak pernah menentang kehadiran teknologi moden seperti edagang (ecommerce) dalam memudahkan urusan muamalat harian Umat Islam. Malah sebagai contoh, dalam urusan asas agama seperti Solat, sumbangan teknologi astronomi dan matematik telah memudahkan penentuan arah kiblat. Justeru ledakan ICT hari ini harus digarap bagi membuka satu lagi wahana baru dalam arena dakwah. Berdakwah dengan keadah digital nyata lebih mudah. Kelebihan teknologi Internet menawarkan khidmat dakwah 24 jam sehari, 7 jam seminggu, dari dan ke mana jua di pelosok dunia. Dalam hal ini ICT harus diterima sebagai satu platform baru dalam gerakan dakwah. Walau bagaimanapun, tidak dinafikan ianya sebagai 100% sempurna. Sekurangkurannya
ICT harus dilihat sebagai salah satu elemen bagi mempercepatkan usaha dakwah era moden ini. Bagaimanapun, di dalam keghairan melayari bahtera kemajuan ICT, janganlah kita mudah melatah. Islam telah meletakkan adab dan etikanya yang tersendiri. Etika ini sebenarnya sudah wujud sejak lebih 14 abad yang lalu.

Ringkasan: Isu dan Cabaran dalam Memperkasakan Ummah melalui ICT, ShahrulN Junnanini, Unimas, 2008.